oh my dear future husband,
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang loving.Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Danhensem.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tak dedah sana dedah sini. Malu I. I memang tak suka tengok lelaki tangkap gambar tak pakai baju. bajet hensem je.bajet badan tough le tu. kalau ada six pacs takpe jugak.ini dah le gedempol. tunjuk pulak perot tuh. I memang tak suka. You jangan jadi macam tu ok?
I pun tau yang perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. I tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi. InsyaAllah. I akan cuba jaga diri I supaya I tak dipijak pijak macam tu.
My future husband,
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang you dan I akan ada. Tapi kan tapi kan, kalau boleh, masa kita nak kahwin nanti, err. btw, you tgk tak majlis perkahwinan prince William&Kate? or Dato' Sheikh Muszaphar Shukor? haaa. I nak kahwin macam tu boleh? takpe. kalau duit tak cukup, kite share share la eh? Alaa. sharing is caring maa. Lagipun, kita kahwin kalau boleh nak sekali ja kan seumur hidup? so, boleh laaa. Nah? You, you nak anak ramai ke? Alaa. Jangan la ramai sangat sampai cukup untuk satu team bola. I mana larat. I bukan kilang buat anak nah. Lagipun, takut you tak mampu nak biaya kos anak anak kita yang mungkin akan mewarisi sifat I yang suka makan ni. Bukan I yang cakap ok.Kawan kawan yang cakap. Depa cakap I makan banyak! padahal I rasa tak pun macam tu. I harap, nanti bila dah kahwin, I tak akan gemuk. I takut you. I takut you cari bini lain. Jangan nah? kalau you cari lain, I penggal kepala you! even I akan dapat payung emas, I tk sanggup you. tak sanggup berkongsi kasih.
Bila kita ada rumah nanti, I harap you tak kisah kalau I nak bekerja. Sebab I rasa tak best la belajar penat penat. kumpul sijil banyak banyak, tapi I duduk rumah tak bekerja. InsyaAllah I akan layan you, tanggalkan stokin you, urut bahu you, sediakan makan-minum you bila you balik dari office. Tapi, you pun kena layan I macam tu jugak bila I dah penat layan you okay sayang?
Hmm. I tau, you tak mengharapkan yang I adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata you. You cakap aggressive itu menarik. Kalau boleh,you nak I lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala I kan? You cakap senang la you nak ajak bergaduh kalau macam tu kan? I pun suka gaduh gaduh manja dengan you. I tau you tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik balik. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.
I belajar senyum nampak gigi dari dia la you. sweet kan dia senyum? you jealous tak I puji dia? hehe
My future husband,
You,bila I masak nanti you makan je. Jangan banyak complain eh? I sepak laju laju you nanti. hehe. tak tak. Derhaka dah tu. hehe. You jangan la cari bini lain bila I masak tak sedap. nah? Bagi setiap lelaki, tak sempurna seseorang perempuan tu kalau dia tak pandai masak.kan? lelaki selalu cakap, 'kalau tak pandai masak, belajarlah!' Okay. Semua perempuan pun boleh letak syarat kalau macam tu. Semua lelaki mesti kena pandai jadi imam kami. Kalau tak pandai belajarlah! Berapa kerat suami yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Korang punya tajwid dan bacaan Al Fatihah dah cukup sempurna ke? Kalau tak pandai,belajarlah sekarang. Jika kaum I disuruh belajar memasak, apa salahnya kalau kaum you pun belajar jadi imam. Bolehkan sayang?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan girlfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Okay abang?
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, I masak, you makan. You imam, I makmum. You baca doa, I aminkan. I merajuk, you pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih lelaki lain. You pun mesti tak nak I dapat kat orang lain kan?